PMIMSU

My Photo
PMI_MSU
Persatuan Mahasiswa Islam, Management and Science University (MSU). Sebarang komen dan cadangan boleh hantarkan kepada kami di.. pmimsu@yahoo.com @ terus ke EPPPMIMSU 0132989729~knie_bob99@yahoo.com
View my complete profile

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM

MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY

Mesyuarat Agung

Kali ke-5 Sesi 2007/2008

UCAPAN DASAR
PRESIDEN

Bismillahhirrahmannirrahim……

Segala pujian selayaknya buat Rabbul Jalil Tuhan semesta alam yang memiliki segala sifat kesempurnaan. Selawat dan salam buat junjungan besar Habibullah Nabi Muhammad SAW, seluruh keluarga dan para sahabatnya serta seluruh para pendokong sunnahnya yang sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam landasan perjuangan di atas muka bumi ini.

Alhamdulillah, dengan berkat keizinan dan kehendak-Nya, segala hasrat dan perancangan yang sekian lama tertangguh dapat juga direalisasikan pada detik dan tarikh yang penuh bersejarah ini. Secara jujurnya, sepanjang pemerhatian dan pengamatan saya, saya sentiasa bersikap optimis terhadap kemampuan Persatuan Mahasiswa Islam dalam melakukan perubahan untuk membentuk keyakinan dan penghormatan seluruh warga MSU terhadap kepentingan pembudayaan Islam di MSU.

Sehubungan dengan itu., kekuatan ukhwah dan perpaduan di kalangan ahli-ahli PMI perlu di titik beratkan. Perkara ini perlu bermula daripada peringkat akar umbi lagi. Kekuatan dan kesepakatan di kalangan barisan kepimpinan PMIMSU perlu diambil kira. Kekuatan sesuatu organisasi itu bukan hanya bergantung kepada jumlah atau kapasiti sesebuah organisasi tersebut, tetapi apa yang lebih utama di sini adalah ikatan ukhwah yang mantap bukan sahaja diantara barisan kepimpinan bahkan juga diantara ahli-ahli organisasi itu sendiri.

Sahabat-sahabat sekalian,

Sepanjang saya berada didalam PMIMSU ini dan berdasarkan pemerhatian saya, pelbagai kesukaran dan cabaran kita perlu tempuhi untuk membudayakan Islam sebagai cara hidup seharian di kampus. Jika kita perhatikan di sekeliling kita , berbagai-bagai ragam manusia terutama mahasiswa dan mahasiswi dapat kita perhatikan. Dari segi pemakaian mahupun pergaulan mereka. Pergaulan yang bebas sudah menjadi suatu perkara yang biasa kepada mereka. Tanpa segan silu bertepuk tampar diantra lelaki dan perempuan sudah menjadai lumrah kehidupan mereka.

Oleh itu, sahabat-sahabat semua, sudah menjadai tanggungjawab kita bersama untuk membudayakan mereka semula mengikut landas Islam yang sebenar. Kedengaran seperti sesuatu yang drastik tetapi tidak mustahil kita mampu lakukannya. Dengan cara yang berhemah dan bijaksana kita mampu untuk menarik perhatian mereka ini untuk menuju kearah yang lebih sempurna.

Para sahabat yang dihormati sekalian.,

Sepanjang pemerhatian saya selama saya menjdai warga MSU, sering kali saya terdengar suara-suara halus yang memandang rendah keupayaan PMI dang mengaggap PMI ini sesuatu yang menakutkan. Mereka takut untuk hampir dengan kita. Mareka menjauhkan diri bila melihat kita. Mereka memandang sepi poster-poster yang kita naikkan. Mereka sering membuat tanggapan yang PMI ini hanyalah sebuah persatuan yang hanya duduk muhasabah diri menginsafi diri di dalam surau sahaja. Sesungguhnya tanggapan itu sama sekali tidak benar. Jika kita amati, aktiviti-aktiviti yang kita lakukan bukan sekadar tertumpu di dalam surau mahupun Pusat Islam semata-mata tetapi juga menjurus kepada kemantapan rohani dan jasmani. Apa yang diperlukan waktu ini adalah kemantapan rohani dan jasmani individu itu sendiri.

Sebagai contoh, kita dapat lihat program seperti “KEM MUJAHADAH RAMADHAN”. Program ini bukan sahaja ilmu yang kita perolehi tetapi suatu perkara baru bagaimana cara untuk kita merapatkan lagi diri kita dengan kekuasaan Allah SWT. Sesungguhnya aktiviti-aktiviti seperti ini dapat mendekatkan diri kita dengan ALLAH SWT. Secara tidak langsung kita dapat menghindarkan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral.

Jesteru itu, saya berharap agar kepimpinan baru PMI bagi penggal yang seterusnya ini dapat memantapkan lagi kekuatan ukhwah diantara ahli dan secara tidak langsung menjadi “ISLAMIC ICON” didalam kampus MSU ini sendiri.

Menjadi harapan besar kepada saya untuk melihat suatu pembaharuan yang akan dibawa oleh barisan kepimpinan yang baru ini. Diharap barisan kepimpinan yang baru ini dapat membuat satu anjakan paradigma membawa sesuatu yang lebih baik dan berkualiti kepada persatuan ini.

Kata pujangga daripada Imam Al-Ghazali “di dalam ribuan orang yang cemerlang, tentu ada ratusan yang paling cemerlang, pasti kamu adalah daripada kumpulan itu. Di dalam ratusan orang yang cemerlang, tentu ada puluhan yang paling cemerlang, pastikan kamu adalah daripada kumpulan itu. Dan di dalam puluhan orang yang cemerlang tentu ada yang paling cemerlang, dan pastikan kamu adalah orang tersebut”.

Oleh itu gunakan kesempatan dan kepercayaan yang telah diberikan untuk membuktikan kamu semua adalah yang paling cemerlang.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua Timbalan Presiden saya, iaitu Mohd Zaki Harun dan Siti Muslihah Mohd Nor kerana telah banyak membantu dalam gerak kerja PMI sepanjang ketiadaan saya. Terima kasih juga tidak terhingga kepada semua MT dan Exco kerana banyak memberikan kerjasama. Komitmen yang seperti ini perlu diteruskan bagi memantapkan lagi pergerakan PMI. Amalan saling tegur-menegur perlu terus diterapkan didalam diri setiap individu. Kita tidak akan mampu untuk terus bergerak mengikut landasan yang lurus. Ada kala laluan yang kita lalui terkeluar sedikit daripada landasan tadi. Justeru itu perlualah kita saling membantu diantara satu sama lain dan tegur jika ada kesilapan yang dilakukan. Tidak kiralah siapa kita apa yang penting adalah semangat kerjasama yang perlu ada didalam satu pasukan.

Sesungguhnya Imam AL-Ghazali telah membahagikan manusia kepada empat golongan iaitu : pertama , seseorang yang mengetahui dan mengerti bahawa dirinya itu mengetahui, maka itulah dia seorang yang alim, maka ikutlah dia. Kedua, seseorang yang mengetahui tetapi tidak tahu dirinya itu tahu, itulah orang yang tidur. Maka bangunkanlah dia. Ketiga, seseorang yang tidak mengetahui dan dia mengetahui bahawa dirinya tidak mengetahui, itulah dia orang yang meminta petunjuk, maka tunjukkanlah dia. Keempat, seseorang yang tidak mengetahui dan dia tidak menyedari bahawa dirinya itu tidak mengetahui, itulah dia orang yang bodoh, maka jauhilah dia.

Akhir kata dari saya, saya memohon kemaafan kepada semua penasihat PMI Ustaz Herzali, barisan MT,exco dan semua ahli andai kata sepanjang saya menerajui barisan kepimpinan ini saya ada tersalah kata dan tersilap langkah. Yang tidak baik itu dating dari saya dan yang baik itu semuanya dari ALLAH s.w.t. semoga barisan kepimpinan yang baru akan terus bergerak maju kehadapan. InsyaAllah. Assalamualaikum…

0 comments: