PMIMSU

My Photo
PMI_MSU
Persatuan Mahasiswa Islam, Management and Science University (MSU). Sebarang komen dan cadangan boleh hantarkan kepada kami di.. pmimsu@yahoo.com @ terus ke EPPPMIMSU 0132989729~knie_bob99@yahoo.com
View my complete profile

LAPORAN PENTADBIRAN 07/08

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PUSAT ISLAM MSU

21 JANUARI 2009

PUSAT ISLAM, MSU Shah Alam.

EXCO Kebajikan PMIMSU telah mengadakan gotong royong dengan kerjasama pelajar-pelajar hostel bagi membersihkan kawasan Pusat Islam. Gotong royong ini diadakan sempena Program Tangisan Gaza dan Solat Hajat yang akan diadakan pada 22 Januari 2009 dengan kerjasama Pusat Islam MSU.

Program gotong royong ini bermula pada pukul 10.00 malam dan berakhir pada 12.00 tengah malam. Selain itu juga, program ini bertujuan untuk membina semangat kerjasama dan menjalinkan ukhwah sesama pelajar-pelajar hostel dan PMIMSU.

Exco Kebajikan PMIMSU mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar-pelajar yang terlibat di dalam gotong royong ini. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

MENDAPATKAN BANTUAN JKM DAN JAIS UNTUK SAUDARI NURIZZATY BINTI SHUIB

01 NOVEMBER 2008

DI ATAS keperihatinan penderitaan dan kesusahan hidup yang ditanggung oleh saudari Nurizzaty seorang pelajar MSU semester satu, Exco Kebajikan PMIMSU telah memohon bantuan daripada YB Puan Rodziah binti Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwan Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi (EXCO) Negeri Selangor untuk tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk membantu meringgankan beban yang ditanggung oleh saudari Nurizzaty. Bagaimanapun permohonan ini telah diterima dan diluluskan pada 02 Disember 2008.

Ibu kepada saudari Nurizzaty meninggal dunia pada 1 November 2009 dan disahkan meninggal dunia disebabkan mengidap kanser payu dara. Lebih menyedihkan lagi, ayahnya telah meninggalkan mereka sekeluarga tanpa nafkah 10 tahun. Kini saudari Nurizzaty terpaksa berhenti daripada pengajian dan bekerja untuk menampung dan menyara hidupnya serta tiga lagi adiknya yang masih bersekolah. Pihak PMIMSU melalui Exco Kebajikan PMIMSU juga telah melancarkan tabung derma kilat untuk membantu meringgankan beban saudari Nurizzaty.

Exco Kebajikan PMIMSU menyeru kepada sesiapa yang ingin menderma kepada saudari Nurizzaty boleh membuat bayaran terus kepada akaun :

BANK MUAMALAT 12020035015724 NURIZZATY BINTI SHUIB.

Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

IFTAR BERSAMA ANAK YATIM

19 SEPTEMBER 2008

PERKARANGAN PUSAT ISLAM, MSU Shah Alam.

PERSATUAN Mahasiswa Islam MSU (PMIMSU) telah menyertai Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh pihak universiti. Program ini telah dirasmikan oleh Presiden dan Naib Censelor MSU, Prof. Dato’ Mohd Syukri Ab Yajid dan disertai oleh beberapa buah kelab dan persatuan serta staff akademik dan bukan akademik.

Program bermula pada pukul 9.00 pagi, dengan acara gotong royong dan rewang dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Pelajar dan Kerjaya (SCD) MSU. Dalam majlis ini, Prof. Dato’ Mohd Syukri Ab Yajid juga telah menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 40 orang anak yatim dari Selayang yang telah diundang khas. Antara pengisian program ini ialah, berbuka puasa, solat magrib, isyak dan solat tarawikh berjemaah. Program ini berakhir pada pukul 10.00 malam.

Exco Kebajikan PMIMSU mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak universiti dan pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung atau tidak di dalam Majlis Berbuka Puasa ini. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

REHLAH HELWANI

18 MEI 2008

TASIK SHAH ALAM, Shah Alam.

BAHAGIAN HELWANI PMIMSU telah mengadakan rehlah bagi merapatkan hubungan silaturrahim sesama muslimah sambil beriadah.

Program yang bermula pada pukul 4.30 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang dihadiri kira-kira tujuh orang pelajar muslimah. Antara mengisian yang dijalankan ialah bacaan Al-Mathurat, tazkirah, jamuan, perbincangan isu-isu semasa dan merancang program-program muslimah.

PMIMSU mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar muslimah yang terlibat dalam program ini. Moga program seperti ini dapat dilakukan pada masa hadapan dan semua ahli dapat mengambil bahagian. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

USRAH PIMPINAN 2007/2008

SEPANJANG TAHUN

EXCO Tarbiyyah PMIMSU telah diberi tanggungjawab bagi menjalankan usrah untuk barisan pimpinan PMIMSU 2007/2008. Semua MT dan Exco diwajibkan menyertai usrah ini.

Tujuan usrah ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kefahaman tentang Islam seterusnya dapat merealisasikan gerak kerja di dalam persatuan. Melalui usrah ini juga dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama pimpinan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah solat berjemaah, membaca Al-Ma’thurat, tilawah, tazkirah dan juga membincangkan hal-hal yang berbangkit termasuk membincangkan hal-hal persatuan serta merancang aktiviti.

Moga program seperti ini dapat dilakukan pada masa hadapan. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

KEM MUJAHADDAH RAMADHAN 1429H

05, 06 DAN 07 SEPTEMBER 2008

IMPIAN COUNTRY RESORT, Hulu Langat.

EXCO Tarbiyyah PMIMSU telah diberi tanggungjawab bagi menganjurkan KMR 1429H ini. Program yang julung kalinya diadakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Program yang disertai seramai 60 orang ahli PMIMSU.

Tujuan kem ini diadakan ialah untuk membantu memantapkan fizikal dan rohani peserta dalam menjalani ibadah berpuasa, menekankan tentang konsep sabar menurut perspektif Islam dan mengeratkan lagi ukhwah dikalangan peserta perkhemahan. Di antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tiga hari program berjalan adalah seperti solat berjemaah, berbuka puasa, solat tarawikh berjemaah, KULTIM (kuliah tiga minit), ceramah, qiamullail, senaman, LDK, explorace dan night walk.

Exco Tarbiyyah PMIMSU mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta kem. Moga program seperti ini dapat dilakukan pada masa hadapan dan semua ahli dapat mengambil bahagian. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

REHLAH MUSLIMAH

20 OGOS 2008

TAMAN PERMAINAN, TAMAN TADISMA SEKSYEN 13, Shah Alam.

EXCO Tarbiyyah PMIMSU telah mengadakan rehlah muslimah bagi merapatkan hubungan silaturrahim sesama muslimah sambil beriadah. Kumpulan sasaran ialah penggerak usrah dan ahli-ahli usrah.

Program yang bermula pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang. Antara mengisian yang dijalankan ialah Solat Asar berjamemaah di Surau Munawwarah, Senaman ringan, sesi taa’ruf dan perdebatan. Tujuan rehlah ini diadakan ialah untuk melahirkan anggota usrah yang sihat dan cergas dari sudut rohani, aqli, emosi dan jasmani, memantapkan hubungan silaturrahim di kalangan anggota usrah, memupuk semangat kerja berkumpulan, mencungkil bakat dan kreativiti ahli melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Exco Tarbiyyah PMIMSU mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar muslimah yang terlibat dalam program ini. Moga program seperti ini dapat dilakukan pada masa hadapan dan semua ahli dapat mengambil bahagian. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

KURSUS SEMBELIHAN

15 DISEMBER 2007

HALL D, MSU Shah Alam

KURSUSU sembelihan telah dianjurkan dengan jayanya. Seramai 30 orang peserta telah melibatkan diri di dalam kursus ini.

Kursus ini dijalankan dengan kerjasama SCDD (Student & Career Development Department) dan JAIS.

Exco Dakwah & Akademik PMIMSU mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga kampus yang telah menyokong usaha yang dilakukan oleh PMIMSU. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM

2 & 3 FEBRUARI 2008

DEWAN TEATER, MSU Shah Alam

KURSUS Pra-Perkahwinan Islam telah dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Perundangan Keluarga JAIS.

Seramai 200 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi 2 Februari 2008 berakhir pada pukul 5.00 petang pada 3 Februari 2008.

Exco Dakwah & Akademik PMIMSU mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga kampus yang telah menyokong usaha yang dilakukan oleh PMIMSU. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

PROGRAM NISA’ SHAH ALAM

20 SEPTEMBER 2008

PENTAS UTAMA, PKNS, Shah Alam

JULUNG kalinya PMIMSU bekerjasama menjayakan program anjuran Pusat Zakat Selangor dan Nisa’ Shah Alam.

Forum yang bertajuk “Cukup Wang Hati Tenang” yang menampilkan ahli panel seperti Ustaz Uda Kasim dan Datuk Hjh Rohani. Sambutan daripada masyarakat setempat dan pengunjung PKNS yang amat mengalakkan.

Exco Dakwah & Akademik PMIMSU mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat di dalam program ini. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

CERAMAH ISRA’ MIKRAJ

01 OKTOBER 2008

GO1, MSU Shah Alam

PMIMSU tidak ketinggalan mengadakan ceramah agama sempena tahun baru hijrah. Saudara Azmil Mustaffa telah diundang khas bagi menyampaikan ceramah pada hari berkenaan.

Sambutan daripada warga MSU amat menggalakkan. Seramai 40 orang tetamu mengadiri ceramah berkenanan. Di akhir program, soalan kuiz telah diberikan kepada para hadirin dan tajaan hadiah daripada Ummiku Sayang Sdn.Bhd.

Exco Dakwah & Akademik PMIMSU mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga kampus yang telah menyokong usaha yang dilakukan oleh PMIMSU. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

JUALAN

SEPANJANG TAHUN

EXCO Ekonomi PMIMSU telah mengadakan jualan untuk mengumpulkan dana bagi menampung kos dan aktiviti yang dijalan oleh PMIMSU.

Antara jualan yang dilakukan ialah, t-shirt muslimah, tudung pashmina, buku-buku, handshocks, CD KMR, penanda buku, keychain dan banyak lagi.

Exco Ekonomi PMIMSU mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga kampus yang telah menyokong usaha yang dilakukan oleh PMIMSU. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

PUBLISITI PROGRAM-PROGRAM PMIMSU

SEPANJANG TAHUN

EXCO Publisiti PMIMSU telah menjalankan tugas publisiti bagi semua program-program PMIMSU sepanjang sesi 2007/2008.

Antara tugas Exco Publisiti ialah menampal poster, mengumumkan aktiviti semasa Solat Jumaat dan tugas-tugas publisiti.

Exco Publisiti PMIMSU mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga kampus yang telah menyokong usaha yang dilakukan oleh PMIMSU. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

PUBLISITI PROGRAM-PROGRAM PMIMSU

SEPANJANG TAHUN

EXCO Publisiti PMIMSU telah menjalankan tugas publisiti bagi semua program-program PMIMSU sepanjang sesi 2007/2008.

Antara tugas Exco Publisiti ialah menampal poster, mengumumkan aktiviti semasa Solat Jumaat dan tugas-tugas publisiti.

Exco Publisiti PMIMSU mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga kampus yang telah menyokong usaha yang dilakukan oleh PMIMSU. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

PERJUMPAAN HELWANI

02 JULAI 2008

PUSAT ISLAM, MSU Shah Alam.

BAHAGIAN HELWANI PMIMSU telah mengadakan satu perjumpaan bagi mengisi masa lapang mereka disamping dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama muslimah.

Program yang bermula pada pukul 4.30 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang dihadiri kira-kira sembilan orang pelajar muslimah. Antara mengisian yang dijalankan ialah solat asar berjemaah, bacaan Al-Mathurat, tazkirah – Aqidah, jamuan, perbincangan isu-isu semasa dan merancang program-program muslimah.

PMIMSU mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar muslimah yang terlibat dalam program ini. Moga program seperti ini dapat dilakukan pada masa hadapan dan semua ahli dapat mengambil bahagian. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

IFTAR DAN PERJUMPAAN MINGGUAN HELWANI

22 MEI 2008

TTDI JAYA, Shah Alam.

BAHAGIAN HELWANI PMIMSU telah mengadakan iftar dan perjumpaan mingguan. Program ini diadakan di sebuah rumah salah seorang muslimah PMIMSU di TTDI Jaya, Shah Alam. Program ini dihadiri oleh semua MT, Exco dan beberapa ahli PMIMSU muslimah.

Program yang bermula pada pukul 5.30 petang dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Antara pengisian yang dijalankan ialah berbuka puasa, Solat Magrib berjemaaah, Tazkirah Ramadhan, Solat Isyak berjemaah, Solat Tarawikh berjemaah, perbincangan isu-isu semasa dan merancang program-program muslimah.

PMIMSU mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar muslimah yang terlibat dalam program ini. Moga program yang baik seperti ini dapat dilakukan pada diteruskan. Majlis ini juga berjaya memupukkan perasaan kasih sayang diantara sesama muslimah. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT.

1 comments:

izzaty said...

salam..
saya mohon terima kasih banyak2 yang tidak terhingga pada phak pmi_msu atas segala sokongan yang telah di beri..jasa pihak pmi_msu tidak saya lupakan.moga allah s.w.t membalas jasa baik anda semua.